mIRC Malaysia - International Of Network ®

Kata-Kata Aluan hubungi mIRC Malaysia Guest Book Home Albums mIRC Malaysia Jemaah-Jemaah mIRC Malaysia Info Gath Gabungan mIRC Malaysia

Ucapan Dari Presiden mIRC Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang dihormati.
Disini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan forum ini dalam membantu menjayakan dan juga menyumbang idea-idea untuk forum GEMBIRA ini. Tidak lupa juga kepada anda yang sudi menyokong website kami ini. Tanpa anda semua, forum ini tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Tujuan sebenar forum ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan perhubungan antara ahli-ahli chatting mIRC Malaysia Group. Untuk pengetahuan anda semua, Forum ini kini tidak lagi khas untuk ahli-ahli chatting mirc kerana forum ini telah mendapat sambutan yang hebat bukan sekadar dari ahli-ahli chatting mirc tapi dari individu yang bukan ahli chatting juga. Oleh itu kami telah membuat sedikit perubahan untuk forum ini bagi mengikuti kehendak pengunjung forum ini. Kami ingin mengambil sedikit ruang untuk menerangkan kepada anda yang tidak mengetahui apekah itu mirc. Mirc adalah singkatan dari multi internet relay chat. Mirc adalah salah sebuah program chatting internet yang begitu popular dikalangan remaja-remaja malaysia. Program chatting mirc juga bukan sahaja terhad dimalaysia. Para pengguna mirc boleh berhubung antara pengguna mirc yang lain tidak kira tempat. Anda juga boleh berkomunikasi dengan orang-orang luar negara dengan mudah. Itu sajalah yang dapat kami terangkan kepada anda mengenai mirc. Mungkin, ianya sedikit membantu anda yang mungkin selama ini tidak mengerti atau tidak tahu mengenai mirc. Sekali lagi saya umumkan kepada anda semua, forum ini tidak lagi khas untuk ahli-ahli chatting mirc. Jadi, kepada anda yang mempunyai bahan-bahan yang boleh dikongsi untuk semua. Kami mengalu-alukan anda semua berkongsi bahan-bahan yang baik untuk forum. Sampai sini sajalah kata kata aluan untuk kali ini, Kepada anda yang mempunyai idea-idea atau pandangan untuk dikongsi bersama pihak admin. Anda bolehlah menghantar segala cadangan atau pandangan atau idea-idea anda di sudut General Discussion di forum atau anda boleh menghubungi sendiri pihak admin atau anda juga boleh menghantar email kepada mirc.malaysia@yahoo.com. Kami mengalu-alukan segala pandangan dari anda. Kami berharap bahawa anda semua sentiasa menyokong forum ini sampai bila-bila. Kami memerlukan sokongan anda semua. Tanpa anda semua, Forum ini tidak akan berjaya. Terima kasih kepada anda semua yang menyokong kami. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas budi anda. Sekian, Terima kasih.

daripada Presiden mIRC Malaysia - Tan Sri Azmi Sahadan